Majlis Apresiasi 2019 Sempena Penyampaian Hadiah Pertandingan Sudut Bacaan Agensi Kerajaan

11 Oktober 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 10 Oktober 2019, Pusat Internet Tambun Tulang, Pusat Internet RPA Arau dan Pusat Internet Batas Lintang telah dijemput untuk menghadiri Majlis Apresiasi 2019 sempena penyampaian hadiah pertandingan sudut bacaan agensi kerajaan. Majlis ini dianjurkan adalah sempena penyampaian hadiah pertandingan sudut bacaan agensi kerajaan. Di mana Pusat Internet telah mengambil bahagian dan sekaligus memenangi hadiah saguhati.

Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang majlis adalah perasmian oleh Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia, 3 minit mari membaca, deklamasi sajak dan bercerita. Majlis ini dihadiri oleh pelbagai agensi kerajaan dan NGO bermula dari pukul 9.00 Pagi sehingga 12.30 tengahari.

Kebaikannya adalah untuk menghargai semua hasil usaha para peserta yang telah menyertai pertandingan yang dianjurkan oleh perpustakaan sekaligus dapat menarik minat peserta untuk meneyertai pelbagai pertandingan di masa akan datang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali